comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga termasuk kanak-kanak 2 tahun nyaris maut kereta terbakar

Foto: Ihsan JBPM Johor

Oleh: Zahir Senapiah

BATU PAHAT: Seorang wanita melecur di kaki kiri, manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak terselamat selepas kereta yang mereka naiki tiba-tiba terbakar di Jalan Bakau Chondong, dekat sini, pagi tadi.

Ketiga-tiga mangsa masing-masing berumur 35 dan 46 tahun dan kanak-kanak berusia 2 tahun dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar.

Foto: Ihsan JBPM Johor

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 11.31 pagi.

Sebuah jentera bomba bersama 13 anggota dari Balai Bomba Penggaram, dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nur Eddy Paiman.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah kereta Hyundai Matrik telah terbakar hampir 80 peratus.

Foto: Ihsan JBPM Johor

“Terdapat tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak dalam kereta yang terbakar. Namun semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang ramai sebelum pasukan bomba tiba” katanya.

Justeru anggota bomba bertindak memadam kebakaran berkenaan menggunakan dua aliran bantu mula dari pam jentera dan satu saliran bantu mula dari unit RIM.

Foto: Ihsan JBPM Johor

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini