comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tikam ibu dengan gunting, pengawal keselamatan direman 7 hari


BALIK PULAU: Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung  kes tikam ibu idengan gunting sehingga wanita itu maut di Relau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini, untuk menahan reman suspek berusia 40 tahun itu mulai hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental.

Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya kira-kira jam 5 petang, bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Suspek yang juga anak bongsu kemudian ditahan di unit kediaman pangsapuri berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini