comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tikaman terkena jantung, punca lelaki maut dalam kes tegur payudara

MELAKA: Empat kesan tikaman ditemui pada mayat  pengurus syarikat yang maut dalam pergaduhan, selepas menegur saiz payudara seorang wanita dalam kejadian di Jalan Kenanga di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata  bedah siasat ke atas mayat mangsa berusia 32 tahun  mendapati ada empat kesan tikaman iaitu di rusuk kiri dan kanan dengan satu daripadanya terkena pada hati.

Manakala satu terkena bahagian jantung, selain satu lagi tikaman di bahagian belakang badan.

Tangkap layar video tular

“Punca kematian mangsa adalah disebabkan tikaman di bahagian jantung,” katanya.

Patit berkata, siasatan polis mendapati, selain bercakap mengenai saiz payudara, mangsa bersama rakan bercakap mengenai saiz punggung seorang pelanggan wanita, sebelum tercetus pertengkaran dan pergaduhan hingga membawa maut.

​​​​​​​“Kesemua sembilan tangkapan termasuk suspek utama yang juga pengawal peribadi kepada ahli perniagaan terbabit, direman tujuh hari sehingga 16 Mei depan bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan angkara mengeluarkan perkataan tidak senonoh, seorang pengurus syarikat maut dalam pergaduhan di tempat letak kereta di Jalan Kenanga, di sini.

Kejadian dilaporkan dikatakan berlaku di antara jam 4 hingga 4.15 pagi dan mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal selepas dibawa ke Hospital Melaka, kira-kira jam  5.20 pagi, untuk rawatan.

Beliau berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dipercayai mabuk selepas berhibur dan pergi ke gerai berhampiran lokasi kejadian untuk makan dan minum bersama rakan-rakannya.

Loading...
Terkini