comscore
Tumpuan :
Nasional

Timbalan Menteri KKMM, Zahidi Positif COVID-19

FOTO: Zahidi Zainul Abidin / Facebook

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin disahkan positif COVID-19, menurut kenyataan dikeluarkan pejabatnya hari ini.

Keputusan ujian saringan Zahidi diterima awal pagi tadi.

“Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pada 25 Disember 2020, Zahidi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusannya ialah negatif.

“Datuk Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Beliau berdoa agar Allah mempermudah urusan semua yang terlibat,” menurut kenyataan itu lagi.

Loading...
Terkini