comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindak balas organ dalaman Faisal terhadap rawatan positif – Saifuddin

Saifuddin (kiri) serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ditemui pemberita selepas melawat Faisal, hari ini.

SHAH ALAM: Tindak balas organ dalaman Faisal Halim terhadap rawatan yang dilakukan pakar perubatan dijangka membolehkan pemain Selangor FC itu kembali pulih dengan segera.

Ia dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menziarahi Faisal di hospital swasta di sini, hari ini.

“Yang bagusnya barisan doktor memaklumkan keadaan fizikal Faisal dilihat ternyata seorang atlet yang berada pada tahap optimum dari sudut kesihatannya.

“Itu memberikan kelegaan kerana reaksi beliau (Faisal) terhadap proses rawatan berikutnya sangat bergantung kepada keadaan fizikalnya.

“Yang itu doktor sifatkan keadaan fizikalnya sangat baik dan itu membantu beliau dalam memberikan respon terhadap rawatan seterusnya. Jadi dari segi istilah perubatan tentunya yang diguna pakai sebagai stabil,” katanya ketika ditemui di lobi hospital itu, hari ini.

Malam tadi, Faisal menjalani pembedahan kedua susulan kecederaan akibat simbahan asid yang menyaksikan pemain Harimau Malaya itu kritikal dan mengalami kelecuran tahap empat.

Simbahan asid itu dilakukan oleh dua individu tidak dikenali pada Ahad lalu di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Ujar Saifuddin, beliau sempat membuat isyarat berdoa kepada Faisal agar anak jati kelahiran Pulau Pinang itu kuat menempuh dugaan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini