comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindakan naikkan harga hotel bajet beri kesan keseimbangan industri pelancongan

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Pengusaha hotel bajet dinasihat untuk tidak sewenang-wenangnya menaikan harga perkhidmatan mereka terutamanya ketika musim puncak atau disebabkan oleh ancaman serta persaingan dalam industri berkenaan.

Ia kerana tindakan terbabit dikhuatiri akan menjejaskan industri terbabit serta sektor pelancongan negara yang menjadi sumber utama pendapatan kepada hotel-hotel terbabit.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha untuk menarik ramai pelancong datang ke nagara ini sentiasa dilakukan setiap masa menerusi penganjuran pelbagai acara-acara sama ada berbentuk hiburan, sukan atau persidangan ilmu.

“Setiap inisiatif yang dilaksanakan itu adalah bagi membantu pengusaha-pengusaha industri perhotelan termasuk hotel-hotel bajet untuk mendapat tetamu yang seterusnya memberikan pendapatan kepada sektor berkenaan,”katanya pada sidang media Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa J300 di sini.

Beliau berkata, kehadiran tetamu atau pelawat yang menyertai acara-acara terbabit pastinya memerlukan penginapan sepanjang berada di negara ini dengan bentuk jenis perkhidmatan penginapan  yang dipilih bergantung kepada jumlah pebelanjaan dimiliki oleh pelawat berkenaan.

“Jangan bila nampak orang ramai datang kita cepat-cepat naikkan harga kerana ia tidak akan membantu industri hotel kita ini untuk jangka masa panjang.

“Anda boleh memberikan pelbagai alasan tetapi harus di ingat bahawa tindakan yang dilakukan ketika ini akan menyebabkan keseimbangan dalam industri terbabit terjejas dan ini pastinya akan merugikan sektor pelancongan kita,” katanya.

Abdul Karim berkata, sepanjang tahun ini Sarawak telah menyenaraikan lebih 200  acara berbentuk hiburan, sukan serta beberapa persidangan utama yang berupaya menarik lebih ramai pelawat datang ke negeri itu.

Situasi itu katanya pasti akan memberikan implikasi kepada pemintaan perkhidmatan perkhidmatan dengan kadar penghunian hotel boleh memcecah sehingga 90 peratus.

Justeru beliau percaya pengusaha hotel bajet terbabit masih boleh memperoleh keuntungan daripada jumlah kedatangan pelawat terbabit.

“Pokok pangkalnya, kita harus tahu bersyukur dan sentiasa mensyukuri apa yang telah kita peroleh bukan mengambil jalan mudah untuk menjana keuntungan singkat namun mengakibatkan kekacauan dalam industri terlibat,”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini