comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindakan X melanggar undang-undang di Malaysia – Fahmi

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan membenarkan sebarang kandungan lucah atau pornografi disebarkan di dalam platform media sosial X.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menyuarakan pandangan tegas mengenai dasar negara berhubung langkah platform X mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

“Ini langgar undang undang, ia tidak dibenarkan jadi kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X.”

“Saya percaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyuarakan ketegasan ini ketika pertemuan bersama pihak X,” ujar Fahmi ketika sidang media selepas Majlis Pengumuman Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di sini hari ini.

Fahmi turut memaklumkan sebarang kandungan negatif termasuk judi dalam talian dalam apa jua platform media sosial tidak akan dibenarkan di dalam negara.

Terdahulu, platform media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter secara rasmi mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

Berikutan itu, pengguna X boleh memuat naik kandungan NSFW (Tidak Sesuai untuk Dilihat oleh Semua Orang) dengan bebas, selagi ia dibuat dengan persetujuan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini