comscore
Tumpuan :
Nasional

Tinggalkan sekolah memandu kerana mengejar impian jadi polis bantuan 

SEGAMAT: Seorang pengajar sebuah sekolah memandu di Selangor meninggalkan kerjaya itu demi mengejar impiannya bergelar anggota Polis Bantuan.

Mohd. Roshaizan Zakariah,39, yang memiliki kelulusan sijil juruteknik pesawat, memaklumkan dia sempat bekerja di sekolah memandu selama beberapa tahun sebelum menerima tawaran menyertai Program Latihan Kursus Asas Polis Bantuan.

“Sebaik menerima tawaran itu, saya tidak berfikir panjang kerana itulah kerjaya impian saya sejak dilahirkan.

“Saya tidak menyangka tawaran menyertai Polis Bantuan hadir selepas saya berkerja dan berdikari sebagai pengajar sekolah memandu,” katanya ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan Asas Polis Bantuan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, di sini, tadi.

Majlis disempurnakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, Deputi Komisioner Sulaiman Hussain.

Turut hadir, Komandan PULAPOL Segamat, Superintendan Airy Zaidi Nordin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait.

Mohd. Roshaizan yang dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik berkata, dia bersyukur keluarganya merestui hasratnya menjadi anggota polis bantuan.

Katanya lagi, dia memanfaatkan pengetahuan sepanjang latihan untuk menjalankan tugas sebagai anggota polis bantuan dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Saya bercita-cita menjadi pegawai kanan selepas ini,” katanya.

Seramai 172 orang pelatih lelaki termasuk 29 wanita menyertai Program Kursus Asas Polis Bantuan Siri 3/ 2024 selama dua bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, di sini, menamatkan latihan mereka hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini