comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Tipu pembayaran tidak wujud, bekas anggota TLDM dipenjara enam bulan

 

Bekas anggota TLDM, Mohammad Norikhwan Adha Mohamad, 26, mengaku bersalah atas lima pertuduhan memperdayakan lima mangsa dengan membuat pembayaran atas talian tidak wujud bagi pembelian pelbagai barangan dengan jumlah keseluruhan hampir RM20,000, Mei lalu. -Foto : NSTP

SEREMBAN: Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku bersalah atas lima pertuduhan memperdayakan lima mangsa dengan membuat pembayaran atas talian tidak wujud bagi pembelian pelbagai barangan dengan jumlah keseluruhan hampir RM20,000, bulan lalu.

Tertuduh, Mohammad Norikhwan Adha Mohamad, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosni selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Norikhwan didakwa memperdayakan lima mangsa berbeza dengan membuat transaksi bayaran yang tidak wujud ke akaun mangsa bagi pembelian sebuah motosikal, pelbagai pakaian, tiga telefon bimbit berjenama dan pelbagai aksesrori telefon serta peranti dengan nilai keseluruhan RM19,916.

Dengan itu tertuduh dengan curangnya mendorong semua mangsa untuk menyerahkan semua barang berkenaan kepada tertuduh yang mana mangsa tidak akan melakukan sedemikian sekiranya tidak diperdayakan.

Perbuatan itu dilakukan di lima lokasi di daerah Nilai, pada dari jam 5.02 petang 17 Mei hingga jam 7.36 malam 18 Mei lalu.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Syed Fadil Syed Othman dan M Parameswari yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara yang paling minimum memandang tertuduh kini tidak bekerja dan menanggung isteri, seorang anak serta ibu bapa yang uzur.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman enam bulan penjara bermula dari tarikh sabitan.

Loading...
Terkini