comscore
Tumpuan :
Nasional

TLDM, Tentera Laut Diraja Thailand lakukan rondaan bersama

HTMS Klong Yai dan KD Gempita melaksanakan Latihan Semaphore. FOTO: Ihsan TLDM

LUMUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) dalam melaksanakan Rondaan Coordinated Patrol Area Narathiwat-Kelantan (N/K CPA) semalam.

Jurucakap TLDM berkata, aktiviti ini dilaksanakan di perairan sempadan Malaysia-Thailand dengan aset TLDM dan TLDT yang terlibat ialah Kapal Diraja (KD) Gempita dan HTMS Klong Yai.

TLDM menerusi satu siaran media hari ini barkata, kerjasama ini dimulakan semula setelah terhenti selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.

“Beberapa siri latihan juga turut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kompetensi warga kapal terlibat.

“Rondaan terkoordinasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan khususnya di sempadan perairan Malaysia-Thailand.

“Ini juga mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara yang telah lama terjalin,” kata jurucakap TLDM dalam siaran media itu.

Loading...
Terkini