comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] TNB tutup bekalan elektrik di 51 lokasi sekitar Pasir Mas

KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di 51 lokasi di Pasir Mas berikutan paras air yang semakin meningkat di daerah itu.

TNB menerusi laman rasmi Facebooknya memaklumkan, setakat jam 4 petang tadi, terdapat penambahan penutupan bekalan elektrik di daerah itu disebabkan hujan lebat dan banjir.

“Tindakan itu dibuat TNB demi keselamatan pengguna setempat. Antara yang terjejas adalah Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang, Pengkalan Rakit, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh dan Terusan.

“Selain itu, kawasan lain yang terbabit adalah Merbau Serongga, Serongga, Gual Pinang, Kuin Merah, Gual Nering, Kebakar, Gual Sitok dan Gual Bunut,” katanya.

TNB turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik jika palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air banjir.

“Orang ramai perlu waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Mereka dinasihati menjauhi punca atau barangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus,” katanya.

Loading...
Terkini