comscore
Tumpuan :
Nasional

Tok batin lapor polis syarikat berkaitan calon PN DUN Bayu


Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Polis Kedah menerima laporan berkaitan ketidakpuasan hati terhadap Syarikat Rimba Bayu Enterprise dari Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Lengong, Baling.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, SAC Alzafny Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan laporan itu berhubung dari kegagalan syarikat itu melunaskan tunggakan bayaran dividen ladang kepada peserta yang dianggarkan bernilai RM200,000.

Syarikat Rimba Bayu Enterprise dimiliki dan diuruskan oleh Mohd Taufik Yaacob yang merupakan Calon Perikatan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu untuk PRN negeri Kedah.

Kertas inkuiri (siasatan dalaman) katanya, telah dibuka bagi siasatan dijalankan sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian.

Loading...
Terkini