comscore
Tumpuan :
Nasional

Tol Percuma Sehingga 30 November Sempena Pembukaan DASH

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

Shah Alam:Tol percuma akan diberikan sempena pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam DASH bermula jam 12.01 tengah malam jumaat sehingga 30 November depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Lebuhraya berkenaan merupakan laluan alternatif kepada pengguna di sebelah barat, Shah Alam untuk melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur, sekali gus mengurangkan kesesakan, tempoh perjalanan dan menyuraikan trafik secara lebih berkesan.

“Untuk makluman, pembinaan Lebuhraya DASH juga menerapkan elemen-elemen kelestarian selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030,”katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya DASH di Denai Alam hari ini.

“Lebuhraya DASH juga memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Indeks Lebuh Raya Hijau Malaysia (MyGHI) yang merangkumi segenap rantaian nilai pembangunan infrastruktur serta mengambil kira faktor alam sekitar dengan penarafan tahap ‘Gold’.”

Ujar Datuk Seri Ismail Lebuhraya DASH dijangka mampu merangsang pembangunan dan pertumbuhan kawasan ekonomi seperti perumahan dan komersial baharu di sepanjang lebuh raya termasuk Puncak Alam, Elmina dan Kwasa Damansara.

Pembinaan lebuh raya ini dimulakan pada Ogos 2016, dan siap sepenuhnya pada 30 September lalu, membabitkan kos RM4.2 bilion.

Loading...
Terkini