comscore
Tumpuan :
Nasional

Tolak vaksin, 57 guru KAFA bakal dibuang kerja

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menggantung tugas 57 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor selepas enggan mengambil vaksin COVID-19.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penggantungan dibuat selama dua bulan dan jika gagal mengambil vaksin dalam tempoh itu perkhidmatan mereka akan ditamatkan.

“Penggantungan dibuat bermula bulan ini hingga April. 57 orang yang terlibat,”

“Mereka (guru KAFA) perlu ambil vaksin dalam tempoh ini. Jika gagal mereka akan ditamatkan terus,” katanya kepada TV3 menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurut beliau, tindakan itu berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan perkara sama kepada pegawai masjid dan jurunikah yang enggan di vaksin.

Loading...
Terkini