comscore
Tumpuan :
Nasional

TPM cadang Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan peringkat negeri diadakan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Profesor Negara di Cyberjaya. -FOTO: Zahid Hamidi/Facebook

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keserasian antara pelbagai parti politik berjaya diwujudkan menerusi Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung semalam.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut mencadangkan konvensyen sama di peringkat negeri diadakan supaya boleh disertai oleh akar umbi.

“Kita dapat wujudkan keserasian kalangan pemimpin utama parti, bukan hanya dalam mesyuarat Kabinet yang diwakili pelbagai parti tapi kita lihat dalam sekretariat Kerajaan Perpaduan perkara ini dapat diperbincangkan namun semalam jelas bukan hanya pemimpin sekadar atas pentas tetapi perwakilan pelbagai parti.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Profesor Negara di Cyberjaya.

Katanya, keserasian antara pelbagai parti politik yang wujud pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan semalam, yang dihadiri lebih 3,500 undangan daripada 19 parti yang membentuk kerajaan menjadi antara elemen penting menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Loading...
Terkini