Tumpuan :
Nasional

TPM Fadillah akan kemuka Deepavali cuti umum di Sarawak

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Sarawak supaya perayaan Deepavali diwarta sebagai cuti umum.

Fadillah berkata beliau memahami perkara itu antara isu yang sering dibangkitkan penganut Hindu di Bumi Kenyalang.

“Ramai yang menyuarakan agar Deepavali di Sarawak ini dapat menjadi sebahagian daripada cuti umum.

“Saya yakin perkara ini sudah diketahui kerajaan negeri Sarawak dan saya sendiri akan kemukakan lagi,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Deepavali Persatuan India Kuching (IAK) di sini malam ini.

Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata Sarawak akan meneliti permintaan komuniti India di negeri ini untuk mengisytiharkan cuti umum bagi perayaan Deepavali. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini