comscore
Tumpuan :
Nasional

TPM ucap Selamat Hari Bapa

FOTO: Fadillah Yusof / Facebook

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

“Sempena Hari Bapa yang disambut pada 16 Jun tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk setiap insan bergelar bapa, ayah, abah, baba, papa, walid, abi, appa, apak, daddy atau apa sahaja gelaran yang digunakan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.

“Insan hebat ini hanya mahukan keluarganya dilindungi, hidup bahagia dan sempurna walaupun dirinya terpaksa berkorban jiwa raga. Seperti juga ibu, kasih sayang setiap bapa tanpa syarat, pengorbanan mereka tanpa batas,” katanya dalam catatan di Facebook.

Hari Bapa disambut bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.

“Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada kedua orang tua kita, sama ada ketika hayat mereka mahupun setelah mereka tiada. Selamat Hari Bapa. Terima kasih Ayah,” katanya.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini