Oleh : Aslina Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan tiada sebarang kesesakan lalu lintas dilaporkan, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri esok.
Hasil tinjauan Buletin TV3 di Plaza Tol Gombak mendapati keadaan jalan di laluan menghala ke Pantai Timur lancar dan terkawal.
Jurucakap, Pihak Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad memaklumkan, sejak jam 12 tengah malam tadi sehingga jam 6 petang, kira-kira 88,104 kenderaan telahpun melalui Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak.
Manakala 42,566 kenderaan lagi yang menghala ke Terengganu dan Kelantan menggunakan melalui LPT1.
Jumlah kenderaan itu dilaporkan melalui laluan lebuhraya berkenaan secara berperingkat dan tiada sebarang kesesakan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.
Anih Berhad turut memaklumkan sekiranya pengundi mengambil keputusan untuk melakukan perjalanan di saat akhir pada malam ini, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
Pengguna lebuhraya boleh menghubungi pihak Anih Berhad di talian 1 700 818 700 sekiranya berlaku kecemasan.