comscore
Tumpuan :
Nasional

Trafik ke utara sesak mulai 10 malam ini

 

Oleh Izzatie Rizan

 

BANGI: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke utara dijangka sesak mulai jam 10 malam ini susulan orang ramai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Aidilfitri, beberapa hari lagi.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Pemantauan Operasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Mohd Iqram Azraz Razhi sebanyak 600,000 kenderaan akan bergerak menuju ke utara daripada jam 10 malam hingga jam 6 pagi esok.

“Aliran trafik menuju ke arah Utara sememangnya perlahan sejak jam 11 pagi tadi terutamanya perjalanan dari arah Terowong Menora yang sesak sejauh 11 kilometer ekoran kemalangan yang berlaku membabitkan lori tangki dan trailer yang berlaku ketika jam 5.40 petang tadi”.

“Kerja-kerja mengalihkan kenderaan sedang giat dijalankan dan dijangka akan selesai jam 10 malam nanti.” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata keadaan menuju ke Selatan masih lagi terkawal ketika ini.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dengan sebaiknya, dan sekiranya terperangkap di dalam kesesakan bolehlah berehat sebentar di hentian Rehat dan Rawat (R&R) terdekat sebelum memulakan perjalanan semula.

Ikuti maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter LLM info trafik.

Loading...
Terkini