comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: 3 kanak-kanak antara korban tanah runtuh

 

FOTO : NSTP

PETALING JAYA : 3 kanak-kanak disahkan antara korban tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya awal pagi tadi.

Tujuh lagi adalah wanita dan 2 lelaki.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari  dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang meninggal dunia.

Beliau berkata, setakat 12 tengah hari ini,  94  mangsa berada di kawasan berkenaan .

60 orang membabitkan 46 pengunjung serta 14 pekerja berjaya diselamatkan.

22 mangsa katanya masih belum dikesan dan operasi mencari dan menyelamat  giat
diteruskan oleh 446 anggota  diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat  Selangor serta dibantu dari segi peralatan dan anggota
semua agensi kerajaan.

Agensi kerajaan diarah ke lokasi kejadian pagi tadi bagi mengkoordinasikan segala bantuan diperlukan  melalui penyelarasan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan agensi
berkaitan agar mangsa dapat dicari secepat mungkin.

Amirudin berkata, beliau akan turun ke lokasi kejadian malam ini bersama Perdana Menteri .

Loading...
Terkini