comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali : 51 dewasa, 30 kanak-kanak mendaftar untuk berkhemah

KUALA LUMPUR : Seramai 51 individu dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan ​​​​di ​Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang mengalami tanah runtuh, awal pagi tadi.

Perkara itu dinyatakan individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.

“Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti jik ada kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar dan hanya kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun perlu mendaftar.

Chang berkata, mereka yang berkhemah kebanyakannya mempunyai pertalian keluarga dan tidak membabitkan kumpulan pelajar atau universiti.

Laporan awal media menyebut kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik berkenaan.

Setakat 1 tengahari tadi,  60 mangsa telah dibawa keluar dari tempat kejadian.

Loading...
Terkini