comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: Angka kematian meningkat kepada 18

Tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlangs-Batang Kali. – FOTO: NSTP/EFFENDY RASHID

HULU SELANGOR: Mayat mangsa ke-17 dan ke-18 ditemui di Sektor C (Riverside) jam 4.40 petang tadi. Mangsa ditemui berpelukan adalah pasangan ibu dan anak perempuan dalam lingkungan tiga tahun.

Mayat kedua-dua mangsa dipercayai berada diantara Sektor A atau B semasa kejadian berlaku namun dibawa arus tanah ketika kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan baki keseluruhan mangsa yang sedang dikesan adalah seramai 15 orang.

Sebelum ini, portal Buletin TV3 melaporkan sebanyak 11 mayat sudahpun tiba ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata lima mayat dalam perjalanan ke hospital itu untuk prosedur operasi standard COVID-19, pengecaman dan bedah siasat.

Loading...
Terkini