comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: Belum ada tanda-tanda baki 9 mangsa ditemui setakat ini

Setakat jam 4 petang, belum ada tanda-tanda penemuan baki 9 lagi mangsa di kawasan tanah runtuh. – FOTO: NSTP

HULU SELANGOR: Memasuki hari ketiga misi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, belum ada tanda-tanda baki sembilan lagi mangsa ditemui setakat jam 4 petang, hari ini.

Pencarian mangsa kini tertumpu di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) tapak perkhemahan.

Hujan lebat yang membasahi tanah dan tapak perkhemahan menyebabkan pasukan penyelamat berdepan tugas berat mencari mangsa dan juga ancaman tanah runtuh di lokasi itu.

Hari ini pasukan SAR menggunakan peranti canggih, Ground Penetrating Radar (GPR) untuk mengesan baki sembilan mangsa masih hilang.

Pada masa yang sama, operasi turut mendapat bantuan sembilan anjing pengesan tambahan; enam daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua daripada Unit K-9 polis dan seekor daripada Tentera Darat.

FOTO: NSTP
Loading...
Terkini