comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Batang Kali : Operasi mencari disambung jam 8 pagi ini

 

 

HULU SELANGOR :  Petugas mencari dan menyelamat akan meneruskan operasi pagi ini bagi mengesan 12 lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, berkata operasi SAR akan disambung semula jam 8 pagi ini setelah ditangguhkan lewat malam tadi ekoran hujan .

Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa tertimbus di tempat runtuhan tanah berhampiran tapak perkhemahan di Batang Kali. – foto JBPM

“Operasi SAR 12 lagi mangsa tanah runtuh ditangguhkan sementara waktu, ekoran hujan malam ini,” katanya.

Setakat malam tadi, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. – BERNAMA

Loading...
Terkini