comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: Operasi SAR diteruskan 24 jam, tumpu 2 sektor

Petugas cuba mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan. – FOTO: NSTP

HULU SELANGOR: Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan cerun di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm di Goh Tong Jaya, di sini, akan diteruskan selama 24 jam dengan tumpuan diberikan kepada sektor B dan C.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata misi itu bagaimanapun akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Memperincikan misi itu, beliau mengakui pasukan penyelamat berdepan kesukaran susulan keadaan mangsa yang dipercayai tertimbus pada kedalaman kira-kira 1.2 meter (m), selain kedudukan mereka teralih berikutan gelongsoran tanah.

Katanya, sejumlah 16 mangsa yang maut ditemui di sektor A, manakala tiga lagi di sektor C, selain menjangkakan baki mangsa yang masih tertimbus berada di sektor B dan C.

Sektor A bagi misi SAR berkenaan terletak di kem Hillview, manakala sektor B di kem Farmview dan sektor C pula berhampiran kem Riverside.

“Setakat ini masih ada runtuhan susulan di sektor A antara jam 7 hingga 9 pagi tadi, namun sekarang sudah stabil dan kita sentiasa dalam keadaan waspada kerana terdapat aliran air di kawasan runtuhan.

“Kita juga masih meneliti pergerakan tanah dan akan meminta pasukan penyelamat menghentikan misi jika berlaku sebarang insiden atau aktiviti geologi di kawasan pencarian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loading...
Terkini