comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Operasi SAR sembilan mangsa tanah runtuh masuk hari ke-3

HULU SELANGOR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki sembilan mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, di sini masuk hari ketiga, hari ini.

Operasi SAR dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Setakat jam 10 pagi ini, semua petugas SAR meneruskan usaha mencari lagi mangsa yang masih belum ditemui.

Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu.

Daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi terkorban dan sembilan masih hilang.

Loading...
Terkini