comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali : PM Singapura ucap takziah kepada keluarga mangsa

 

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian tanah runtuh di Genting Highlands awal pagi tadi.

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Genting Highlands hari ini.

Lee turut berdukacita dengan kejadian itu yang mengakibatkan kehilangan nyawa selain ramai cedera.

Beliau berkata demikian dalam perutusan takziah kepada rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi pihak Kerajaan Singapura, saya ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada semua yang terjejas akibat tanah runtuh itu dan kami berharap mereka yang cedera segera pulih,” kata beliau.

Dalam insiden itu, 21 orang disahkan maut setakat 7.10 malam.

Lee turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan yang diberikan kepada rakyat Singapura yang terjejas akibat tanah runtuh itu.

“Pasukan Pertahanan Awam Singapura bersedia untuk membantu usaha mencari dan menyelamat jika perlu,” kata beliau.

Menteri Luar Negeri republik itu, Dr. Vivian Balakrishnan turut mengutus perutusan takziah kepada rakan sejawatannya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

“Saya sedih mengetahui kejadian tanah runtuh Genting Highlands yang mengakibatkan beberapa kematian dan banyak yang cedera.

“Saya ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka dan terima kasih kepada Malaysia kerana membantu rakyat Singapura yang terjejas akibat tanah runtuh,” kata beliau.

Sementara itu, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu, kerajaan Singapura memantau rapat keadaan itu.

“Tiga warga Singapura adalah antara yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur sedang berhubung dengan tiga warga Singapura itu,” kata jurucakap kementerian.

Loading...
Terkini