comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali : Waris mangsa diminta hubungi polis

Kuala Lumpur: Keluarga atau waris mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali diminta menghubungi pegawai di Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk mendapatkan maklumat terkini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, waris atau keluarga mangsa boleh menghubungi DSP Reduan di talian 013-8767 700 atau Inspektor Azizi 019-5580 496.

Tragedi yang berlaku awal pagi tadi sehingga kini telah meragut 21 nyawa setakat jam 6.18 petang.

Dalam satu hantaran di Facebook Bahagian Operasi HQ JBPM, pihaknya memaklumkan, 12 mangsa masih dilaporkan hilang manakala 61 individu lain selamat.

Bagaimanapun maklumat lanjut dimana lokasi penemuan mayat berkenaan tidak dimaklumkan.

Loading...
Terkini