comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi berkelah, tiga beradik wanita lemas di Port Dickson

SEREMBAN: Kegembiraan berkelah bersama saudara sempena cuti perayaan Aidilfitri bertukar duka buat empat beradik apabila tiga daripada mereka ditemukan lemas di Pantai Cahaya, Port Dickson, dekat sini, petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Penolong Penguasa Bomba, Azizee Alias, ketiga-tiga mangsa bersama adik lelakinya dari Banting, Selangor dan seorang saudara lelakinya dari Perak datang berkelah ke pantai itu.

FOTO: Ihsan Bomba

Ujarnya lagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang dikejarkan ke tempat berkenaan.

Menurutnya, mangsa wanita dikenali sebagai R Kalavani, 30, Dawige, 29 dan Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki mangsa, Veeran, 26, dan saudara lelakinya, J Sathiswaran, 29, diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.

FOTO: Ihsan Bomba

“Mayat ketiga-tiga mereka itu ditemukan kira-kira 50 meter dari pantai. Ketika kejadian, air tengah pasang dan agak bergelora. Saya juga dimaklumkan kawasan berkenaan adalah kawasan larangan mandi,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Loading...
Terkini