comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi kepala air: Dua mangsa dipercayai masih berada di sektor A dan B

 

CHUKAI: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) percaya dua lagi mangsa fenomena kepala air di Jeram Air Putih di sini masih berada di kawasan pencarian sektor A dan B.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu Azman Alias berkata, setakat ini, pihaknya tidak menemui apa-apa petunjuk yang positif walaupun operasi pada hari ini sudah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.

“Kita ada melakukan teknik selaman selain menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) di beberapa lokasi yang dianggap mempunyai kebarangkalian yang tinggi namun tiada petunjuk positif.

Artikel berkaitan : Tragedi kepala air: Operasi SAR diteruskan guna kaedah selaman 

“Bagaimanapun, kita percaya mangsa masih berada di sektor A dan B, ada kemungkinan ia berada di air dan darat, jadi kita akan beri tumpuan di kawasan berkenaan lagi,” katanya ketika sidang media di Pos Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.

Azman berkata, operasi SAR hari ini ditangguhkan jam 5 petang dan akan disambung semula jam 9 pagi esok pada skala yang lebih kecil.

Beliau berkata, pencarian esok akan dijalankan secara lebih berfokus di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menggunakan unit K9 dan pasukan penyelamat di air (PPDA)“Operasi akan dipergiatkan di kawasan berkenaan dalam usaha menjejaki dua lagi mangsa yang masih hilang.

Ketika ini, dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman ,24, masih belum ditemui.

Artikel berkaitan : Tragedi kepala air: Di mana Nur Fatin dan Fikri ?

Lapan lagi mangsa iaitu Karim Abdullah,39, Azizah Eiyi ,40, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, Putri Alleya Maisarah,16, Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira,4, sudah ditemui dan selamat dikebumikan.

Loading...
Terkini