comscore
Tumpuan :
Nasional

TUDM Sahkan Pesawat Miliknya Terlibat Dalam Kemalangan Di Butterworth

BUTTERWORTH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat pejuang Hawk miliknya terlibat dalam kemalangan pada jam 10.07 malam di landasan Pangkalan Udara Butterworth.

TUDM dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan pihaknya sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden terbabit.

TUDM turut memohon semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih.

12.01AM: Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, mengesahkan seorang anggota tentera kehilangan nyawa, manakala seorang lagi cedera.

Beliau turut memaklumkan anggota yg cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera.

Beliau mengarahkan TUDM segera menjalankan siasatan terperinci dan punca kejadian.

12.40AM: TUDM melalui satu kenyataan memaklumkan nama juruterbang yang telah meninggal dunia ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy.

Seorang lagi yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Keluarga kedua-dua juruterbang telah dimaklumkan berhubung insiden berkenaan.

Loading...
Terkini