SUNGAI PETANI: Sebanyak tujuh lot kedai di dalam sebuah pasar raya di Jalan Sungai Pasir, dekat sini terbakar hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 10.54 pagi.
“Lokasi kejadian terletak kira-kira lapan kilometer dari balai bomba manakala jentera tiba di lokasi pada 11.04 pagi.
“Keseluruhannya terdapat 15 lot kedai di dalam pasar raya terbabit, hanya tujuh terbakar sebanyak 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata api berjaya dikawal pada 11.41 pagi manakala punca dan jumlah kerugian sedang disiasat.
— BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.