KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri hingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam hantaran yang dimuat naik di media sosial pada 3.35 petang ini memaklumkan cuaca berkenaan diramal berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Di Perak, cuaca sama diramal melanda daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
Cuaca sama dijangka melanda Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu manakala di Pahang pula membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Bera.
— BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.