
Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Susulan penemuan 34 ketulan dan serpihan tulang di Pantai Batu Buruk 2, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, hasil bedah siasat selama dua jam bermula 9.00 hingga 11.00 pagi tadi oleh Pakar Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Siti Wira Md Yaro, mengesahkan tulang-tulang yang diterima daripada pihak polis adalah bukan tulang manusia.
Justifikasi ini dibuat berasaskan terdapat berbezaan daripada bentuk, ketebalan, panjang serta tiada kesamaan dengan mana-mana tulang rangka manusia.
Sampel DNA tulang tersebut akan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui terdapat profil atau tidak.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.