PETALING JAYA: Satu insiden tumpahan sisa lori tangki berlaku di kilometer 1.2 (arah Selatan) dari Shah Alam ke Seafield Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).
Kejadian dikatakan berlaku jam 2 petang tadi.
Menerusi Facebook, PLUS Malaysia memaklumkan persimpangan Shah Alam ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.
Satu insiden tumpahan sisa lori tangki berlaku di kilometer 1.2 (arah Selatan) dari Shah Alam ke Seafield Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) petang tadi.
Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif melalui Lebuhraya Persekutuan… pic.twitter.com/fkEb78kI2i
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 8, 2023
Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif melalui Lebuhraya Persekutuan untuk ke Lebuhraya ELITE.
Trafik juga dilaporkan sesak sejauh 5km arah Utara dan 6km arah Selatan (NKVE).
Kesesakan berlaku sebelum dan selepas Plaza Tol Shah Alam.
Ketika ini kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan pihak PLUS.