comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Dr Mahathir sambut hari lahir ke-99

Tun Dr Mahathir Mohamad.-Foto fail Reuters

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Sementara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula akan menyambut hari lahir ke-98 tahun pada 12 Julai ini.

Dr Mahathir pernah mendedahkan rahsia mempunyai kesihatan yang baik ialah dengan bersederhana dalam pengambilan makanan dan melakukan senaman rutin.

Beliau pernah menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.

Beliau kemudian meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Bagaimanapun pada 2016, Dr Mahathir muncul kembali dalam arena politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menandingi Barisan Nasional (BN).

Pada 2018, dalam satu kejutan politik, Bersatu dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada usia 93 tahun ketika itu, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini