comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun M dimasukkan ke IJN, alami jangkitan saluran pernafasan

Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat cuti sakit sehingga 25 Oktober ini.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini, petang semalam akibat mengalami jangkitan saluran pernafasan.

Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu mengalami batuk, sebelum dibawa ke IJN.

Sufi berkata, Dr Mahathir mendapat cuti sakit sehingga 25 Oktober ini.

“Dr Mahathir dimasukkan (ke IJN) petang semalam kerana mengalami batuk.

“IJN menyatakan beliau mendapat jangkitan saluran pernafasan bawah (lower respiratory tract infection),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, perbicaraan kes saman Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan berikutan bekas Perdana Menteri berusia 99 tahun itu dikejarkan ke hospital lewat petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir selaku plaintif ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong di Mahkamah Tinggi, di sini.

Beliau memaklumkan, Dr Mahathir diberi cuti sakit sehingga 25 Oktober dan boleh hadir ke mahkamah untuk menyambung perbicaraan pada 29 dan 30 Oktober.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini