comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Mahathir dibenar keluar IJN

Foto ihsan Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Menurut laporan AFP, Mahathir dibenarkan keluar selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan selama empat hari di IJN, sejak Selasa lalu.

“Ya, Mahathir sudah dibenarkan keluar dari hospital,” kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.

Media semalam melaporkan Mahathir dimasukkan ke IJN sejak Selasa lalu dipercayai akibat jangkitan.

Bagaimanapun, Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memaklumkan kehadiran Mahathir di IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam keadaan membimbangkan, namun sumber yang dipetik berkata pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi IJN.

Terdahulu tular di media sosial Mahatir sedang kritikal dan dirawat di IJN.

Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari tahun lalu selepas menjalani prosedur perubatan elektif.

Loading...
Terkini