Tumpuan :
Nasional

Tunku Mahkota Ismail kongsi struktur baharu FAM

Perkongsian Tunku Mahkota Ismail di InstaStory miliknya.

KUALA LUMPUR: Perkongsian terbaharu Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di InstaStory beliau jelas menimbulkan keterujaan khususnya dalam kalangan bola sepak negara.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkongsi mengenai struktur baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Apa yang menarik, ada posisi Bolasepak Antarabangsa/Penasihat Sukan diletakkan dalam struktur baharu badan induk itu.

Di bawah posisi terbabit, ada beberapa jawatan lain antaranya seperti Ketua Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Ketua Prestasi.

Sebelum ini, media melaporkan FAM tampak bakal menjadi bertambah mantap selepas persatuan itu dijangka kembali mendapat sentuhan Tunku Mahkota Ismail.

Namun menariknya, Tunku Mahkota Ismail tidak akan menyertai FAM namun sebaliknya badan induk itu yang akan menyertai beliau.

Tunku Mahkota Ismail berkata demikian ketika membalas komen pelayar internet di Instagram yang bertanyakan bila beliau akan menyertai FAM.

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini