comscore
Tumpuan :
Nasional

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhur Pemangku Sultan Johor

Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Jumaah Majlis DiRaja Johor mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Sultan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim, hari ini.

Ia diperkenan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan nasihat dan pesertaan Jumaah Majlis DiRaja Johor.

“Dengan kuasa dan kehendak Fasal 9 (1) (d) dan (3) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 telah suka dan berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim pada hari Ahad, 28 Januari 2024 bersamaan 16 Rejab 1445 Hijrah di Istana Bukit Serene,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk abdul Rahim Ramli.

Pelantikan berkenaan adalah berterusan untuk selama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Sultan Johor turut berkenan gelaran kehormatan bagi Pemangku Sultan, adalah “Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor” atau “DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor”.

Gelaran kehormatan berkenaan perlu digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, termasuk persuratan, ucapan dan doa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini