comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tuntutan palsu RM600,000, lima individu dilepaskan dengan jaminan SPRM

 


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melepaskan lima individu yang sebelum ini ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, menurut sumber kesemua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM namun perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

“Empat daripada suspek dilepaskan dengan jaminan deposit RM1,000 dan RM9,000 tanpa deposit beserta seorang penjamin.

“Manakala seorang lagi suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin,” katanya.

Pada Selasa lalu, SPRM telah menahan enam individu dipercayai terlibat dengan kes tersebut ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

Susulan itu, kesemua suspek telah direman selama dua hari bermula 24 April 2024.

Difahamkan kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini