comscore
Tumpuan :
Nasional

Tuntutan UTC AS$15 bilion terhadap Sabah ancam negara – Azalina 

PUTRAJAYA: Malaysia perlu menangani isu tuntutan tidak berasas dikemukakan kumpulan digelar United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah kerana tuntutan berjumlah AS$15 bilion (RM70.2 bilion) itu menyamai 16 peratus belanjawan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kumpulan terbabit juga mengeksploitasi timbang tara demi keuntungan dan ia sama seperti skim pemerasan.

Azalina (dua kanan) menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel di Tanzania.

“Malaysia baru-baru ini menghadapi tuntutan tidak berasas daripada UTC berjumlah AS$15 bilion yang mahu pengiktirafan ke atas Sabah.

“Tuntutan sedemikian bukan saja mengancam integriti negara berdaulat dan prinsip keadilan, malah memberi risiko kepada 16 peratus belanjawan negara. Ancaman UTC untuk menyaman Malaysia di Amerika Syarikat (AS) ini membimbangkan,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia tidak melayan sebarang tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai UTC yang mendakwa sebagai ‘penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah.

Azalina dilaporkan berkata, UTC meminta Kerajaan Malaysia membuat pembayaran segera sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang didakwa mereka sebagai ‘Cession Money’ (Wang Penyerahan Wilayah).

Beliau berkata, kumpulan itu juga mahu Malaysia mengiktiraf UTC sebagai ‘kerajaan yang berdaulat dan merdeka’, selain mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di AS.

Sementara itu, Azalina yang kini berada di Paris, Perancis bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel memaklumkan, beliau menyentuh mengenai isu kes tuntutan Sulu dihadapi Malaysia sebelum ini.

“Saya membincangkan kes Sulu dan risiko pembiayaan litigasi pihak ketiga (TPLF) terhadap kedaulatan negara.

“TPLF sering mengutamakan keuntungan berbanding keadilan, mencabar tujuan teras sistem perundangan kita,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini