comscore
Tumpuan :
Nasional

TV3 pertingkat kerjasama antarabangsa untuk kekal relevan

Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad (MPB), Rafiq Razali (empat kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof (tiga kanan) bersama pihak pengurusan kanan Media Prima melancarkan Immersio Inspirasi Generasi sempena sambutan ulangtahun TV3 ke-40 di Muzium Telekom di Kuala Lumpur hari ini.- Foto: NSTP

Oleh: Fahmi Tajuddin

KUALA LUMPUR: TV3 akan terus mempertingkat kerjasama dengan syarikat luar dan antarabangsa untuk memastikan syarikat penyiaran gergasi itu kekal relevan merentas masa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata langkah itu penting dalam usaha untuk menarik lebih ramai penonton terutamanya dari Asia Tenggara.

“Bermula hari ini kita dah berwajah baharu, dari segi visual kita nak pelbagaikan rancangan yang berbentuk informatif, kita memang terkenal dengan berita, drama dan rancangan hiburan popular.”

“Seterusnya kita nak bekerjasama dengan syarikat antarabangsa untuk membawa rancangan kita yang sesuai dengan tahap Nusantara,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran sambutan Ulang Tahun ke-40 TV3 di Muzium Telekom di sini, hari ini.

Nini berkata tema Inspirasi Generasi yang dipilih TV3 untuk sambutan ke-40 tahun ini menyerlahkan TV3 sebagai sebuah syarikat penyiaran terunggul yang memberi ruang kepada tenaga kerja muda untuk meneraju idea-idea kreatif.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof.

“Saya rasa ini adalah pertama kalinya kita membiarkan tenaga kerja, golongan muda, atau Gen Z di Media Prima untuk menentukan bagaimana nak buat event untuk sambutan ke-40 tahun ini.”

“Saya rasa agak berlainan, kita buat pameran digital yang amat popular kebelakangan ini di luar Sri Pentas, kita kerjasama dengan Muzium Telekom dan Yayasan Telekom,” katanya.

Tambah Nini, Galeri Seni Digital bersama Muzium Telekom menerusi Immersio: Inspirasi Generasi TV3 mulai 20 Mei hingga 9 Jun ini turut melibatkan persembahan selebriti ternama seperti Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel dan Alyph.

“Sejak kita mulakan, sudah lebih kurang 6,000 pengunjung yang hadir. Yang menariknya bila tenaga kerja Media Prima atau TV3 cuba untuk pamerkan seni digital, warna-warna di setiap galeri berkenaan dan ada kelainan masing-masing,” tambahnya lagi.

Bermula hari ini juga,TV3 melakukan penjenamaan semula tujuh tonggak utama program dan rancangannya termasuk slot 9PM, Drama Sangat, Wanita, Hiburan, Jaguh Kartun, Hidupkan Pagi dan Raudhah.

Agar lebih ramai penonton turut terasa bahangnya, sempena sambutan ulang tahun ke-40 ini, TV3 turut menghiasi empat koc Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dengan grafik melambangkan identiti tujuh slot utama stesen televisyen itu dan akan dilanjutkan sehingga 19 Jun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini