comscore
Tumpuan :
Nasional

UAE, Malaysia meterai perjanjian bersejarah mengenai minyak

Logo ADNOC dan PETRONAS.

ABU DHABI: Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (Adnoc) dan Petronas menandatangani satu perjanjian bersejarah bagi penerokaan dan penaksiran blok telaga minyak daratan bukan konvensional pertama Abu Dhabi, lapor Anadolu memetik media tempatan pada Isnin.

Agensi Berita WAM melaporkan, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohamed bin Zayed Al-Nahyan dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Adnoc dan Petronas untuk Blok 1 itu.

Menurut agensi itu, perjanjian berkenaan menandakan “kali pertama syarikat Malaysia akan melabur dan meneroka hidrokarbon di Abu Dhabi.”

Perjanjian bagi tempoh enam tahun itu akan membolehkan Petronas menguasai pegangan 100 peratus dan hak pengoperasian untuk penerokaan minyak di Blok 1 yang meliputi kawasan seluas lebih 2,000 kilometer persegi di rantau Al Dhafra. – BERNAMA

Loading...
Terkini