comscore
Tumpuan :
Nasional

Ubat Sirap Di Indonesia, Tidak Berdaftar Di Malaysia

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Lima produk sirap ubat yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia, menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norhaliza A Halim.

Beliau berkata semakan ke atas laman sesawang Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia mendapati produk tersebut ialah Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops yang dikesan mengandungi ethylene gycol melebihi had dibenarkan.

”Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa kelima-lima produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin.

Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.

Media melaporkan seramai 133 kanak-kanak maut daripada 99 orang yang dilaporkan sebelum ini akibat kecederaan buah pinggang akut (AKI).

Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin dilapor berkata kematian itu adalah antara 241 kes di 22 wilayah dan kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun. – BERNAMA

Loading...
Terkini