comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ugut Ahli Parlimen satu tindakan memalukan – Fahmi Fadzil

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengecam tindakan individu yang menghantar surat ugutan berisi peluru hidup kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok semalam.

Beliau menegaskan, kejadian berkenaan adalah satu tindakan yang begitu memalu dan tidak sepatutnya berlaku.

FOTO: NSTP

“Saya difahamkan beliau sudah membuat laporan polis dan kita serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya kesal kerana perkara seperti itu tidak harus dilakukan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Menurut Fahmi, semua Ahli Parlimen mempunyai hak untuk bersuara dan itu semua terpakai kepada Ahli Parlimen sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

“Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat jadi saya kecam tindakan seperti itu,” katanya.

Terdahulu, dalam hantaran di Facebook, Kok mendakwa beliau menerima ugutan bunuh dalam surat yang dihantar ke rumahnya bersama dua butir peluru hidup.

Kok yang juga Naib Pengerusi DAP, memaklumkan surat ugutan berserta peluru itu ditemui dalam sampul yang diletakkan pada peti surat kediamannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini