comscore
Tumpuan :
Nasional

UiTM diberi kebenaran bersyarat lantik individu muflis sebagai profesor kontrak 

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengesahkan pelantikan seorang individu yang didakwa muflis sebagai profesor kontrak sudah mendapat perakuan Jabatan Insolvensi.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, pihak UiTM mengambil maklum beberapa penulisan di media sosial yang mempersoalkan pelantikan individu terbabit sebagai profesor kontrak di Jabatan Kardiotorasik, Fakulti Perubatan, UiTM.

“Mengenai pelantikan individu berkenaan, sukacita ditegaskan bahawa mengikut rekod ia dibuat melalui proses saringan ketat termasuk mendapatkan perakuan daripada Jabatan Insolvensi.

“Jabatan Insolvensi sudah memberi perakuan dan kebenaran berserta syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu Raduan berkata, faktor kepakaran dan pengalaman individu itu turut menjadi asas pertimbangan pelantikannya.

“Sumbangan individu berkenaan juga sangat signifikan dalam merealisasikan pembangunan program kepakaran Kardiotorasik di UiTM.

“Sukacita juga disahkan bahawa pada masa sekarang individu berkenaan mempunyai Sijil Perakuan Amalan Tahunan mengikut Akta Perubatan 1971 (Sek. 20) yang sah berakhir pada 31 Disember 2024,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini