comscore
Tumpuan :
Nasional

UiTM lancar modul ‘Aspirasi Utama’ sempena Minggu Destini Siswa dan Ulang Tahun Ke-25

 

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib pada majlis pelancaran Modul Aspirasi Utama

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) melancarkan Buku ‘Modul Aspirasi Utama’ yang dirangka untuk memperkukuhkan pembangunan karakter dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.

Majlis pelancaran yang berlangsung pagi ini di disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib bersempena sambutan Minggu Destini Siswa (MDS) dan Ulang Tahun ke-25 UiTM.

Modul ini dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) yang memberi tumpuan kepada memupuk nilai kepimpinan, menjaga kesihatan mental, serta melatih pelajar untuk mendepani cabaran semasa dan keselamatan negara.

“Modul ini tidak hanya berfokus kepada akademik, tetapi turut memperkasa pelajar dengan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam mendepani cabaran global masa hadapan. Mahasiswa UiTM harus bersedia dengan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan nilai-nilai sosial yang kukuh,” jelas Profesor Datuk Dr Shahrin pada majlis pelancaran.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Mohd Sazili Shahibi, Modul Aspirasi Utama mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang mencerminkan kecemerlangan insaniah.

“Pencapaian akademik semata-mata tidak lagi memadai dalam dunia yang semakin kompetitif. Kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan keperibadian yang utuh adalah antara elemen penting yang perlu dimiliki oleh pelajar,” katanya.

Modul ini turut menerapkan DNA UiTM – “Usaha, Takwa, Mulia”, yang menjadi panduan asas dalam membentuk pelajar yang berdaya saing, inovatif, dan kreatif.

Penghasilan modul ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membentuk mahasiswa yang berdaya saing di peringkat global.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini