comscore
Tumpuan :
Nasional

UiTM sambut lebih 55,000 pelajar baharu

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima 55,455 pelajar baharu yang mendaftar di seluruh negara bagi Sesi Oktober 2024. Jumlah tersebut merangkumi 4,200 pelajar Pra Diploma, 26,991 pelajar Diploma, dan 24,264 pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib menzahirkan harapan agar peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan akademik serta menyumbang kepada negara.

“Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di universiti yang penuh prestij ini. UiTM bangga menyambut anda dan berharap anda akan mengharungi cabaran akademik dengan penuh semangat dan dedikasi,” katanya.

Profesor Dr. Shahrin bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi turut meluangkan masa bertemu pelajar-pelajar baharu di kampus utama Shah Alam yang menerima 4,117 pelajar.

Bagi kampus-kampus lain di Kedah, Terengganu, Kelantan, dan Johor, pendaftaran telah bermula lebih awal pada 27 September 2024.

Minggu Destini Siswa, program orientasi yang diwajibkan kepada semua pelajar baharu, akan diadakan dari 30 September hingga 4 Oktober 2024.

Program ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada kehidupan kampus serta membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana universiti.

Proses pendaftaran juga berlangsung dengan bantuan pasukan Polis Bantuan UiTM, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pemimpin Mahasiwa Minggu Destini Siswa, staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), serta petugas kesihatan UiTM Shah Alam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini