comscore
Tumpuan :
Nasional

Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM bermula hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 395,870 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memulakan Ujian Bertutur Bahasa Melayu hari ini.

Peperiksaan itu dilaksanakan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara hingga Khamis ini (11 Januari).

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula akan bermula pada 17 hingga 23 Januari, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari) dan peperiksaan bertulis (30 Januari hingga 7 Mac).

Manakala Ujian Amali Sains telahpun dilaksanakan pada 5 hingga 7 Disember tahun lepas.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan Op Payung bagi membantu calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di lokasi terjejas banjir di negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh pada Sabtu lepas berkata, 235 pelajar terjejas banjir dan sembilan sekolah rendah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), manakala sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat peperiksaan awam SPM dan STPM.

Banjir di Johor merekodkan sejumlah 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 PPS setakat 8 pagi ini.

Loading...
Terkini